Wednesday, February 3, 2010

MacaM-MacaM AdA.........


Bukanlah satu fenomena pelik apabila Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India dibanjiri oleh lautan manusia menjelang musim perayaan seperti Aidilfitri dan bertukar wajah menjadi bazar syurga beli belah.



Suasana itu adalah satu suasana yang 'wajib' setiap tahun dengan dibanjiri oleh longgokan penjual dan ratusan deretan kedai yang berkampung di sana di samping pelbagai jenis keperluan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Sebut sahaja apa yang diidamkan, anda hanya perlu mempunyai kudrat yang cukup untuk 'tawaf' mengelilingi kedua-dua jalan tersebut..maklumlah..ketika itu umat Islam sedang menjalani ibadah puasa...jadi tenaga kena lebih sebab kalau tidak, mungkin anda perlu datang untuk kali kedua, ketiga, keempat atau kesepuluh untuk membeli belah di sana..jualan selama sebulan, jadi usah bimbang..




Bunga-bunga perhiasan....



Aneka jenis kuih-muih yang bersusun rapi...

Ada yang mengiibaratkannya sebagai 'one-stop-centre', pengunjung pasti rambang mata memilih pelbagai fesyen dan warna baju kurung, baju melayu, baju kebaya, tudung, telekung, alas meja serta capal atau bunga hiasan...malah kerongsang yang berkerlipan turut menarik mata sesiapa sahaja yang memandang..makanan juga tidak kurang hebatnya seperti kuih muih, kek, kerepek yang beraneka warna dan pelbagai rasa...Ingat..usah boros walaupun nafsu menguasai diri anda ketika itu..Berbelanjalah dengan bijak dan cermat..


Kerongsang yang lip lap..lip lap...

Aduhaaaaiiiii.........jika penat berjalan di waktu siang..waktu malam pun boleh juga..usah gusar kerana sepanjang 'pemburuan', pengunjung tidak akan kehausan mahupun kelaparan sepanjang malam berjalan di situ kerana macam-macam makanan dan minuman ada dijual..hanya perlukan sediakan Ringgit Malaysia (RM) sahaja...:)




Kalau dilihat dari sudut sambutan orang ramai, bazar yang memang dinanti-nantikan kemunculannya setiap kali menjelang perayaan itu tidak pernah sunyi atau sepi daripada kunjungan orang ramai....




Suasana meriah peniaga berteriak dan menjerit tidak pernah sepi untuk menarik perhatian pengunjung membeli barangan mereka..jangan terkejut kalau pengunjung melihat ada penjual lelaki yang menyarung baju kurung serta bertudung..itu adalah sebahagian tektik untuk menarik perhatian pengunjung...bukanlah membawa maksud yang lain-lain ya....hanya sekadar selingan untuk menghilangkan tekanan para pengunjung yang perlu berasak sepanjang jalan...



Hari Kemerdekaan

Apabila berlalulah Adilfitri...maka berlalulah suasana gamat itu..namun Jalan TAR dan Masjid India tidak akan sesekali bertukar wajah..Aktiviti masyarakat seperti karnival jualan, sambutan hari perayaan atau sebagainya akan mengambil alih untuk merancakkan kembali senario...






Karnival jualan buku


Walaupun keadaannya yang sesak, hiruk-pikuk serta tidak , Jalan TAR dan Masjid India tidak pernah lekang daripada menerima kunjungan masyarakat setempat dan pelancong asing..deretan rumah kedai dan pusat membeli belah yang berhampiran masih menjadi pujaan meskipun kesesakan jalan raya hampir membuatkan penggunanya hilang akal dan panas hati...

Pengunjung akan terus memilih mengunjungi kedua-dua pusat tumpuan itu walaupun terpaksa berasak dan meredah kesesakan jalan raya...bagi mereka Jalan TAR dan Masjid India adalah satu lokasi wajib kunjung!...


Jalan TAR dan Masjid India......MACAM-MACAM ADA..!!