Monday, December 28, 2009

Melayu dan Utusan Melayu......terus bersatu..


'Selain perkataan Bahasa Melayu, orang Melayu, Tanah Melayu dan Keretapi Tanah Melayu....ada tak lagi perkataan yang memerlukan 'Melayu' untuk menjadi pelengkap ayat..?..'

Aku dan rakan-rakan sekuliah memandang satu sama lain untuk mencari jawapan Puan Mazlina yang kini sedang memerhati semua pelajarnya di setiap pelosok kelas...Berdebar hatiku bila bola matanya singgah kepadaku dan dia terus melemparkan senyuman sinis...Alamak..apa aku nak buat ni?..

'Anda..di sebelah tembok..mahu berkongsi 'Melayu' dengan saya?...,"katanya sambil menunjuk ke arahku.

Tanpa disuruh..aku bangkit berdiri dan menyedari semua mata tertumpu kepadaku..aduhh..apa aku nak jawab?..Sedang mata aku meliar mencari jawapan..aku terpandang senaskhah suratkhabar di atas meja Lechumi..'Utusan Malaysia:Penyebar Fikiran Rakyat'..Yesss..!..mataku bersinar..

"Utusan Melayu, puan...sebuah syarikat akhbar berbahasa Melayu yang telah menerbitkan Utusan Malaysia..,"kataku. Tatkala itu, aku melihat Puan Mazlina tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

'Bagus!..bagus..!..sila duduk...Utusan Melayu...(menghela nafas)....menarik juga untuk kita kupas sejarah akhbar yang selama ini memegang peranan sebagai jambatan antara kerajaan dan seluruh rakyat jelata..yang tidak kenal erti jemu dan penat memperjuangkan martabat Melayu sampai bila-bila.

'Untuk pengetahuan kamu semua, saya pernah berkhidmat di sana hampir 10 tahun dan pengalaman bekerja di sana sangat menakjubkan dan tiada tolok bandingnya. Banyak pengalaman yang saya timba yang tidak akan diperoleh di mana-mana...Semua pengalaman itu sangat indah untuk saya kenang..saya sayangkan kerjaya wartawan saya..tiada apa yang boleh diganti untuk memperoleh kembali pengalaman itu...



"Untuk pengetahun kalian, Utusan Malaysia pada awal ia diterbitkan memainkan peranan sebagai saluran utama penduduk Semenanjung Tanah Melayu untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap penjajah British dan ditulis menggunakan tulisan jawi. Kini ia telah dicetak menggunakan huruf rumi dan merupakan saluran rasmi kerajaan Malaysia.

'Kumpulan Utusan telah diperbadankan pada tahun 1938 di Singapura sebagai Utusan Melayu Press Limited. Akhbar sulungnya, Utusan Melayu, telah dilancarkan pada 29 Mei 1939. Dengan menggunakan Jawi, iaitu tulisan Arab, akhbar tersebut dicetak di Singapura dan memenuhi kehendak para pembaca yang celik Jawi di Tanah Melayu jajahan British," terangnya.

Dalam pada itu, Lechumi bingkas berdiri dan berkata,..'Maaf puan. Saya sangat gemar membaca UM sejak di sekolah menengah dan hingga saya menjejakkan kaki ke universiti pada hari ini. Saya gemarkan politik..cerita masyarakat setempat yang dipaparkan di setiap negeri juga menarik perhatian saya..selain itu, masalah dan derita rakyat turut tidak dipandang remeh..itu sahaja puan," jelas Lechumi sambil tersenyum.

Puan Mazlina dengan tidak semena-mena menepuk tangannya sebagai tanda tahniah kepada Lechumi..

"Wow..bagus Lechumi..ok..kita sambung lagi sejarah Utusan Melayu...Pada bulan Februari 1958, lima bulan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ibu pejabat Utusan Melayu telah dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Utusan Melayu telah memperkukuhkan kedudukannya dan terus memainkan peranan utama sebagai penyumbang aktif dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik Tanah Melayu, yang pada tahun 1963 diperluaskan untuk merangkumi wilayah yang lebih besar untuk menubuhkan negara Malaysia.


'Pada tahun 1967, Utusan Melayu telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad awam di bawah Akta Syarikat, bernama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Sejak itu,ia telah berkembang maju dengan amat pesat sehingga mencapai puncaknya dengan penyenaraian di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 1994...Hebat kan..?..bukan calang-calang syarikat boleh mencapai hingga ke tahap itu...

'Hahh..saya nak tanya..berapa ramai yang suka baca majalah hiburan seperti URTV, Hai, Mangga..atau pun majalah mistik, Mustika...?..Jangan pula kamu tak tahu...itu semua di bawah Kumpulan Utusan juga..," katanya lagi.


'Sehingga kini Kumpulan Utusan bukan sahaja memberi tumpuan dalam penerbitan akhbar Utusan Malaysia, tetapi juga Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad di samping beberapa perniagaan media lain melalui anak-anak syarikatnya.

'Antaranya ialah pengiklanan melalui Utusan Media Sales (UMES) dan Utusan Airtime, penerbitan majalah (Utusan Karya), penerbitan buku (Utusan Publications & Distributions - UP&D), percetakan (Utusan Printcorp) dan perkhidmatan Online (Perfisio)," terangnya lagi.




Tiba-tiba Ai Ling mengangkat tangan dan berdiri.."Puan, boleh ke kalau saya sudah tamat belajar, saya nak jadi keluarga Kumpulan Utusan..saya mahu jadi wartawan yang hebat..saya suka menulis. Saya pasti Puan dulu merupakan seorang wartawan yang hebat," kata Ai Ling dengan penuh minat.

Puan Mazlina seraya berkata" Ai Ling, saya sukakan semangat kamu..Hahh...yang lain-lain tak mahu ikut jejak langkah Ai Ling nanti?..Ka...

Belum sempat Puan Mazlina meneruskan percakapannya, aku lantas memotong dan bertanya..'Puan..kalau benar Puan sayangkan kerjaya Puan dan Utusan Melayu, mengapa Puan kini beralih menjadi pensyarah?...

Puan Mazlina memandang tepat ke anak mataku..'Ingat tak kata-kata Hang Tuah di zaman Kesultanan Melayu Melaka...?...Takkan Melayu hilang di dunia....

Aku tersenyum dan mengerti apa yang dimaksudkan oleh Puan Mazlina..tidak kira di mana jua kita berada..jangan sesekali mengkhianti Melayu...pepatah itu akanku pegang sampai bila-bila..

'Ok kelas...kita jumpa minggu depan dengan tajuk yang lain..Terima Kasih semua," ucapnya dan terus berlalu pergi dengan senaskhah Utusan Malaysia.


Pencapaian

9 Feb 1965
(Bangunan tambahan baru Ibu Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin dirasmikan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri pertama Malaysia.

22 Jun 1972
Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak merasmikan blok tambahan pejabat baru di Ibu Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin.

30 Mei 1982
Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga merasmikan kilang percetakan baru di Ibu Pejabat Utusan Melayu Jalan Chan Sow Lin, dan juga mesin cetak baru, Goss Urbanite Web Offset.

5 Dis 1988
Pelancaran Kejohanan Sepak Takraw Antarabangsa yang dengan megahnya dianjurkan bersama oleh Utusan, RTM dan MAS. Sukan tradisional ini telah menerima pengiktirafan di peringkat dunia dalam arena sukan sebagai setaraf dengan sesetengah sukan antarabangsa lain.

21 Mei 1989
Mini Maraton Utusan yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun Kumpulan yang ke-50 berjaya menarik lebih daripada 11,000 penyertaan, dengan itu mencatatkan bilangan peserta yang tertinggi pernah terdapat dalam mana-mana marathon dalam negara.


Info Utusan:

Jenis: Suratkhabar harian

Format: Percetakan

Pemilik: Utusan Melayu (M) Berhad

Penerbit: Utusan Melayu (M) Berhad

Diasaskan: 29 Mei 1939

Kecenderungan politik: Pro-kerajaaan

Bahasa: Melayu

Ibu pejabat: 46M, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur, Malaysia.

No comments: